seorang Mualif
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Adakalanya kita fikir diri ini cukup sempurna bukan? Secara tidak sengajanya kita pasti terfikir akan dua pembahagian, benar? Satu golongan yang fikir tentang dirinya saja yang ter'baik', manakala satu golongan lagi yang merendah diri. Begitu?

Muhasabah buat diri ku dan mungkin menjadi penunjuk arah buat tetamu yang singgah. "Ijlis bina numukmin sa'ah."andai tersalah tegur ya maksud yang lebih kurang begini, "duduk sebentar untuk kita berfikir."

Ku rasakan hidup ini hampir2 sempurna, nikmat Allah yang tidak pernah kunjung malap memberi ku khudrat di atas muka bumi ini. Keluarga, rakan, pelajaran dan macam2 lagi mengkaburi fikiran ku yang mengatakan "Aku sudah sempurna!" Maha suci Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang telah menegur ku dengan lembut mengetuk pintu hati ku, hari demi hari.

Kala matahari berdiri pacak yang ku rasakan seribu ketenangan, sejuta kata yang tidak menggambarkan keseronokan bagi mereka yang berpuasa, saat dan ketika itu Allah menegur akan kesilapan ku. Aku ke pustakaan seorang diri di universiti ku, oleh kerna rakan lain pergi menjamu selera, aku yang tidak membawa apa2 bahan yang membolehkan aku mengulang kaji pelajaran, aku pergi dari rak ke rak buku untuk mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan program yang ku ambil saat ini. Tidak ku jumpai, mencari, juga tidak dijumpai. Hampir penat, aku kembali ke rak pertama, saat itu aku terlihat buku berbahasa inggeris yang berjudul "How to get Anything you Want", aku tertarik dan teruja dengan tajuk itu, walhal saat itu aku tiada sebarang idea untuk tajuk itu. Aku mengambil lantas membaca buku itu di suatu sudut tempat membaca.

Semakin ku mendalami buku itu, semakin ku rasakan betapa kurang atau lebih tepat lagi, betapa tidak sempurnanya diri ku ini. Topik yang sedang rancak ku baca ini berkaitan "bagai mana ingin menjadi seorang juara" sangat tepat dengan kondisi ku sebagai seorang pelajar yang lemah belajar dan mahu menjadi yang baru dengan motto yang baru "AKU INGIN BERJAYA!!!".

Masih kalian fikir kalian sudah cukup sempurna? Segan untuk bertanya rakan? Berdoalah padaNYA, moga kalian di beri hidayah dariNYA. Moga kita selalu di bawah naungan rahmat dariNYA.