Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
seorang Mualif
Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Adakalanya kita fikir diri ini cukup sempurna bukan? Secara tidak sengajanya kita pasti terfikir akan dua pembahagian, benar? Satu golongan yang fikir tentang dirinya saja yang ter'baik', manakala satu golongan lagi yang merendah diri. Begitu?

Muhasabah buat diri ku dan mungkin menjadi penunjuk arah buat tetamu yang singgah. "Ijlis bina numukmin sa'ah."andai tersalah tegur ya maksud yang lebih kurang begini, "duduk sebentar untuk kita berfikir."

Ku rasakan hidup ini hampir2 sempurna, nikmat Allah yang tidak pernah kunjung malap memberi ku khudrat di atas muka bumi ini. Keluarga, rakan, pelajaran dan macam2 lagi mengkaburi fikiran ku yang mengatakan "Aku sudah sempurna!" Maha suci Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang telah menegur ku dengan lembut mengetuk pintu hati ku, hari demi hari.

Kala matahari berdiri pacak yang ku rasakan seribu ketenangan, sejuta kata yang tidak menggambarkan keseronokan bagi mereka yang berpuasa, saat dan ketika itu Allah menegur akan kesilapan ku. Aku ke pustakaan seorang diri di universiti ku, oleh kerna rakan lain pergi menjamu selera, aku yang tidak membawa apa2 bahan yang membolehkan aku mengulang kaji pelajaran, aku pergi dari rak ke rak buku untuk mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan program yang ku ambil saat ini. Tidak ku jumpai, mencari, juga tidak dijumpai. Hampir penat, aku kembali ke rak pertama, saat itu aku terlihat buku berbahasa inggeris yang berjudul "How to get Anything you Want", aku tertarik dan teruja dengan tajuk itu, walhal saat itu aku tiada sebarang idea untuk tajuk itu. Aku mengambil lantas membaca buku itu di suatu sudut tempat membaca.

Semakin ku mendalami buku itu, semakin ku rasakan betapa kurang atau lebih tepat lagi, betapa tidak sempurnanya diri ku ini. Topik yang sedang rancak ku baca ini berkaitan "bagai mana ingin menjadi seorang juara" sangat tepat dengan kondisi ku sebagai seorang pelajar yang lemah belajar dan mahu menjadi yang baru dengan motto yang baru "AKU INGIN BERJAYA!!!".

Masih kalian fikir kalian sudah cukup sempurna? Segan untuk bertanya rakan? Berdoalah padaNYA, moga kalian di beri hidayah dariNYA. Moga kita selalu di bawah naungan rahmat dariNYA.
seorang Mualif
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Banyak perumpamaan yang boleh kita cipta untuk samakan dengan kehidupan sehari-hari. Kini aku lebih berminat akan perumpamaan 'lift'. Tidak dapat dinafikan lagi bahwa kehidupan kita ada turun dan naiknya, itu sudah pasti.

Tetapi apa yang ingin aku kongsikan, dalam turun dan naik itu, setakat mana kita memberi sumbangan? Kamu akan kata yang aku ini gila, ya, manakan kita akan memberi manfaat saat kita berada di bawah? Benar? Salah ku katakan.
Saat kita berada di bawah, mungkin saja kita memberi dorongan kepada yang sama tahap dengan kita, agar bersama berada di puncak kembali, sama seperti 'lift', apa bila di bawah dia akan memberi manfaat, dengan, membawa penumpangnya ke tahap yang lebih tinggi, benar?

Jangan anda terlalu merendah diri, sehingga memudharatkan orang lain. Kerna manusia itu sememangnya pelupa, jangan di sebabkan anda terlalu merendah diri, orang lain tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari anda. seperti saya, saya bukan seorang yang sempurna, dimana ingin saya curahkan sedikit sebanyak idiologi2 saya, di sini. Setemi ku. Bermaksud Surat ku. Jadilah kita seperti 'lift'. Benar dia hina, kerna kerjanya seperti hamba, mengangkat serta menghantar mereka ke destinasi yang mereka tentukan. Tetapi berapa banyak yang dia sumbang? tak terkira bukan?

Ini hanya sebuah idiologi dari insan yang tidak sesempurna Muhammad S.A.W. Apa yang baik itu datang dari ALLAH, yang kurang hanya daripada saya, seorang Mualif.