seorang Mualif
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim


Kau bak angin,
Sesepoi2 bahasa itu jugalah bahasa mu,

Tindakkan mu juga begitu,

Tetapi tegas mu bak angin taufan,

Tidak bisa ku menduga akan amukan mu itu,

Kerna itu kami tidak pernah cuba atau merancang untuk itu,
Kerna kami mahu jadi anak mu yang taat setia.



Kau bak mentari,

Menyinari hari2 kami,

Saat kami kecewa,buntu,
Kau penunjuk ke jalan yang benar,

Kerna kau matahari kami.



~SELAMAT HARI BAPA BUAT ABAH TERCINTA~
Labels: 0 comments |
seorang Mualif
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Banyak perumpamaan yang boleh kita cipta untuk samakan dengan kehidupan sehari-hari. Kini aku lebih berminat akan perumpamaan 'lift'. Tidak dapat dinafikan lagi bahwa kehidupan kita ada turun dan naiknya, itu sudah pasti.

Tetapi apa yang ingin aku kongsikan, dalam turun dan naik itu, setakat mana kita memberi sumbangan? Kamu akan kata yang aku ini gila, ya, manakan kita akan memberi manfaat saat kita berada di bawah? Benar? Salah ku katakan.
Saat kita berada di bawah, mungkin saja kita memberi dorongan kepada yang sama tahap dengan kita, agar bersama berada di puncak kembali, sama seperti 'lift', apa bila di bawah dia akan memberi manfaat, dengan, membawa penumpangnya ke tahap yang lebih tinggi, benar?

Jangan anda terlalu merendah diri, sehingga memudharatkan orang lain. Kerna manusia itu sememangnya pelupa, jangan di sebabkan anda terlalu merendah diri, orang lain tidak mendapat manfaat yang sepatutnya dari anda. seperti saya, saya bukan seorang yang sempurna, dimana ingin saya curahkan sedikit sebanyak idiologi2 saya, di sini. Setemi ku. Bermaksud Surat ku. Jadilah kita seperti 'lift'. Benar dia hina, kerna kerjanya seperti hamba, mengangkat serta menghantar mereka ke destinasi yang mereka tentukan. Tetapi berapa banyak yang dia sumbang? tak terkira bukan?

Ini hanya sebuah idiologi dari insan yang tidak sesempurna Muhammad S.A.W. Apa yang baik itu datang dari ALLAH, yang kurang hanya daripada saya, seorang Mualif.
seorang Mualif
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Dari tempurung itu, aku keluar melihat betapa luasnya dunia ini. Kebenaran di sebalik kata2 mereka yang berucap serta media massa.

"Wah! Sangat berbeda." Bagi ku politik ku akan jauhi, kerna sangatlah tidak aku meminatinya. Rakan, itu yang perlu ku cari sekarang. Tetapi itu bukan sesuatu yang senang kamu tahu? Ramai rakan boleh kita perolehi, tetapi berapa ramai rakan yang boleh di contohi.

Dari tempurung itu, mereka sibuk mengatakan aku sudah/telah itu dan ini. Sedangkan mereka sekali pon tidak pernah rasa/alami apa yang telah ku rasa/alami. Jadi, jangan hanya tahu berkata sedang kamu tidak pernah merasa/alami.

Keluarlah kamu dari tempurung itu! Lihatlah betapa luasnya dunia, saat itu, aku yakin keimanan mu akan tercabar.m Kau akan melihat betapa benar kata2 mereka bahawa iman itu 'turun dan naik'. Tika itu, kau akan hargai betapa syukurnya ada tempat berpaut. Jangan kau jauhi tempat berpaut itu.
Labels: 0 comments |
seorang Mualif
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim

Dahulu rakan menawarkan yang itu, kemudian itu, kemudian yang itu pula. Akhirnya, pilihan hati juga yang betul. Baru, ya permulaan yang baru. Yang lama? Hanya singgah sebentar mungkin.

Kawan atau spesifikasi lainnya teman atau seumpama dengannya, hanya menawarkan kita itu dan ini, akan tetapi kita juga yang tetapkan. Adakalnya ingin menjaga hati mereka kita turuti juga. Tapi akhirnya? Kita sendiri yang memilih, bukan?

Blog baru ku. Penulisan baru ku. Tempat terhembur apa yang sudah lama di pendam. Selamat membaca 'Setemi-setemi ku'.
Labels: 0 comments |